Salam,hari ini saya hendak berkongsi dengan anda tentang inflasi.Apa yang kita tahu tentang inflasi? Mari kita renungkan bersama apa yang akan terjadi.
Inflasi pada perkiraan Bank Negara berada pada tahap 7-8% setahun. Bagaimana kadar ini ditentukan tidaklah kita tahu sangat. Tetapi mengikut perkiraan Perancang Kewangan, kadar inflasi berada pada kadar 7.7%.
Apakah inflasi : Inflasi adalah suatu kadar yang ditentukan untuk mengukur kenaikan harga barang di pasaran ( ini dalam bahasa mudah ).
Mari kita lihat kesan inflasi untuk 20 tahun akan datang.
——————— ——————- ————————————————
1. Makanan
Roti canai pada 5 tahun lepas berada pada tahap RM 0.50 sekeping. Sekarang 2010, ia beharga RM 0.80. ( kenaikan 37.5% ). Harga Mee Udang Penang, 5 tahun lepas berada pada tahap RM 5.00 semangkuk. Sekarang 2010, berada pada tahap RM 12.00 semangkuk. ( kenaikan 140 % )
Sebuah keluarga pada hari ini membelanjakan RM 20 sehari untuk makan pagi, tengahari dan malam. Ini kadar yang termurah. Untuk 20 tahun lagi dengan kadar inflasi 6%, ia berada pada tahap RM 64.15 SEHARI. 20 tahun dari sekarang adalah ZAMAN PERSARAAN BAGI KEBANYAKAN ORANG SEKARANG.
SEHARI RM 64.15
SEBULAN RM 64.15 X 30 = RM 1924.5
SETAHUN = 12 X RM 1924.5 = RM 23094 ( Hanya untuk MAKANAN PAGI , TENGAHARI DAN MALAM )
Selepas bersara, orang Malaysia boleh hidup lagi 20 – 30 tahun.
Kalau anda hidup 25 tahun lagi selepas bersara, anda memerlukan RM 23 094 X 25 = RM 577 350.
INI HANYA UNTUK PERBELANJAAN MAKANAN PAGI, TENGAH HARI DAN MALAM.
Tidak termasuk belanja perubatan, wang sara hidup yang lain, bil-bil, hutang-hutang jika masih ada, tanggungan anak universiti ( kebanyakan pesara masih mempunyai anak belajar di universiti ), hiburan dan rekreasi, percutian, umrah dan haji.
Jika nak dikirakan semua, anda mungkin memerlukan antara RM 4 000 – RM 5000 sebulan bagi menyara kehidupan selepas bersara. Ini bermakna, untuk 25 tahun selepas bersara anda memerlukan RM 5000 x 12 bulan x 25 tahun = RM 1.5 JUTA
Agak – agak KWSP anda MAMPU mencecah angka JUTA dalam masa 20 tahun dari sekarang ?
————————- —————— —————————————-
2. Pendidikan Universiti Anak
Hari ini, rata – rata student IPT Awam meminjam RM 40 000 untuk biaya pendidikan mereka. IPT Swasta meminjam RM 60 000 atau lebih.
20 tahun akan datang, dengan inflasi 5%, kos IPT Awam bakal mencecah RM 111 438. ( RM 110 000 – RM 120 000 ). Tempat IPT Awam adalah sangat terhad. Persaingan sangat sengit. Sekarang jika anak anda cemerlang dalam SPM, belum tentu mereka boleh ke IPT Awam. Tajaan Kerajaan keluar Negara hanyalah RM 2000 setahun dengan kuota bumiputra telah dikurangkan baru2 ini ke 50%.
Jika anak anda tiada pilihan dan terpaksa ke IPT Swasta, kos yang bakal ditanggung oleh anda adalah RM 159 197 ( RM 150 000 – 160 000 ). Belum lagi, jika mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara.
PINJAMAN PELAJARAN
Jangan terkejut jika pada hari ini, pemberi pinjaman ( bank dan termasuk institusi kerajaan seperti PTPTN dan MARA ) mengenakan faedah ke atas pinjaman. Cuba anda bayangkan pinjaman RM 100 000 – RM 150 000 jika dikenakan faedah pada kadar 3 – 6% setahun selama 10 tahun bayaran balik pinjaman, mereka akan antara RM 40 000 – 60 000. Jelaslah disini pinjaman pelajaran telah menjadi suatu PRODUK YANG MENGUNTUNGKAN BANK DAN SESETENGAH INSTITUSI KERAJAAN.
BAYARAN BALIK YANG MEMBEBANKAN
Jika hari ini mereka yang meminjam RM 40 000 terpaksa membayar RM 250 / sebulan kepada pihak pemberi pinjaman, bagaimana pula bagi anak anda yang bakal meminjam RM 120 000 utk 20 tahun akan datang ? Berapa jumlah yang terpaksa dibayar mereka ? RM 500 sebulan ? RM 1000 sebulan ?
Siswazah yang baru kerja bidang Kejuruteraan, akan mendapat gaji purata RM 2000 sebulan. Dengan kadar kenaikan gaji setahun yang rendah 2% setahun, bakal jurutera 20tahun akan datang bakal mendapat gaji permulaan sekitar RM 3000 / sebulan. Jika RM 500 terpaksa digunakan untuk membayar pinjaman pelajaran, bermakna 16% telah digunakan. Bagaimana mereka hendak merancang kewangan dengan berkesan jika 16% terpaksa digunakan untuk membayar liabiliti. Ini tak termasuk pinjaman kenderaan , rumah , pinjaman peribadi untuk kahwin dan kos sara hidup RM 2000 sebulan untuk makanan sahaja.
————————— ——————- ————————————-
3. Kos perubatan dan rawatan Hospital
Angka yang nak ditunjukkan kepada anda amatlah menakutkan. Yang pasti kos rawatan penyakit kritikal berada di sekitar atau hampir RM 100 000 untuk 20 tahun akan datang.
Sekarang Kos rawatan kanser melebihi RM 100 000 utk tahap 4..seperti apa yang menimpa pelakon Azean Irdawaty..beratus ribu habis…kalau kita isteri Perdana Menteri..tak kisah sebab boleh dapat rawatan 1st class di US.
————– ————————— —————————————————–
RANCANGLAH KEWANGAN ANDA DARI SEKARANG
Ada pendapat Pengurusan Kewangan menyatakan, untuk menyusun perancangan kewangan yang sesuai dengan kehidupan kita, anda boleh menyusun seperti bagaimana anda menjalani hidup anda sekarang.
Sebagai contoh, dalam 1 hari (24 jam), anda menghabiskan masa 8 jam untuk tidur / berehat. 8 jam untuk bekerja dan 8 jam lagi untuk aktiviti semasa seperti bersukan, berhibur, belajar dan sebagainya. Dalam erti kata lain, anda membahagikan masa anda kepada 3 kategori utama, iaitu
1/3 untuk tidur / berehat
1/3 untuk bekerja
1/3 untuk aktiviti semasa
Dalam perancangan kewangan pun begitu juga, menurut pendapatnya. Setiap kali kita menerima income, pengurusan kewangan kita, terbahagi kepada 3 kategori utama, iaitu :-
1/3 untuk simpanan & pelaburan
1/3 untuk bayaran hutang pinjaman (tips – bayaran kereta tak lebih dari 15% gaji anda. Bayaran rumah 20% dari gaji anda.
1/3 untuk keperluan / tuntutan semasa
Sebab itulah, kalau kita tengok bila bank hendak meluluskan permohonan pinjaman kita, mereka mengukur kemampuan anda berdasarkan bayaran ansurans TIDAK BOLEH LEBIH dari 1/3 gaji bersih anda.
Ddalam kehidupan sebenar, anda boleh sesuaikan sedikit nisbah di atas, untuk menyesuaikan diri seperti 30% untuk simpanan & pelaburan, 35% untuk keperluan semasa dan 35% untuk bayaran hutang. But anggaran, itulah pecahan yang ideal dalam perancangan kewangan.
1/3 Gaji untuk Simpanan dan Pelaburan
Jika anda bergaji RM 4000 ( termasuk isteri dan suami ), 1/3 dari gaji = RM 1333.33 atau RM 1300. Lihat bagaimana sy membahagi RM 1300 kepada beberapa bahagian dalam merancang kewangan :
——————— ————- —————————————-
BINA DANA PERSARAAN ANDA SENDIRI – Jangan harap pada KWSP atau pencen kerajaan sahaja. Ingatlah kesan INFLASI
Melaburlah di Saham Amanah
Sama ada anda perasan atau tidak, saham amanah adalah instrumen pelaburan yang mempu memberikan pulangan antara 9 – 15% setahun untuk jangka masa panjang.
Jika anda menyimpan dari gaji anda – RM 400 / sebulan, dengan kadar pulangan purata 15% setahun, ia mampu menjana dana persaraan anda RM 380 000. JIka ada bajet lebih anda boleh tambah pelaburan RM 500 RM 600 atau RM 1000/sebulan jika mahu. lawati www.publicmutual.com.my
Jika anda mempunyai KWSP, anda boleh mengeluarkan sebahagian dana dari Akaun 1 untuk dilaburkan di Saham Amanah. Jika anda keluarkan RM 20 000 , dalam masa 20 tahun, dengan pulangan purata 12% setahun, ia mampu menjada dana persaraan anda sebanyak RM 658 379. 00. Jika anda masih kekalkan RM 200000 di KWSP dengan pulangan purata 5% setahun, ia hanya menjana RM67 727 shj. sila lawati www.kwsp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pelaburan Ahli KWSP
—————– ——————————- ———————————
WARISKAN GAJI ANDA PADA KELUARGA TERSAYANG
Sebelum anda sebagai PENCARI NAFKAH keluarga ditimpa musibah, binalah benteng perlindungan gaji anda. Jika musibah menimpa tanpa benteng untuk menampan kesannya, keluarga anda bakal ditimpa satu lagi musibah iaitu BENCANA KEWANGAN disebabkan kehilangan punca pendapatan keluarga.
Binalah Perlindungan ke atas Gaji anda
Jika anda menyimpan 10% dari gaji anda di TAKAFUL/INSURANS BERKAIT PELABURAN , ia mampu menjana benteng perlindungan pendapatan sebanyak RM 300 000 sekiranya PENCARI NAFKAH meninggal dunia / lumpuh kekal. Sy cadangkan RM 300 /sebulan.
RM 300 000 jika dilaburkan dengan pulangan purata 10% setaun , ia mampu menjana pendapatan RM 30 000 /setahun untuk waris / keluarga meneruskan kehidupan.
———————— ——————————- ————————————–
ANDA SEBAGAI SUMBER DANA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN IPT ANAK
Dalam masa 20 tahun dari sekarang, jika anak anda berumur 1 tahun, simpanlah RM 150 sebagai permulaan bagi setiap anak anda di saham amanah bagi memenuhi IMPIAN ANDA MELIHAT MEREKA KE MENARA GADING tanpa perlu bersusah payah mencari sumber untuk meminjam bagi membiayai pendidikan mereka.
——————— —————– ———————————————————
BIAR ORANG LAIN BAYAR KOS PERUBATAN DAN RAWATAN PENYAKIT BIASA/KRITIKAL DI HOSPITAL
Dengan memperuntukkan RM 150 – RM 200, anda mampu memnyediakan dana RM 60 000 dalam sekelip mata bagi setiap ahli keluarga anda jika salah seorang dari anda mahupun kesemua ahli mendapat rawatan bagi penyakit biasa atau kritikal di Hospital swasta.
Anda mungkin ditanggung syarikat insurans tempat anda bekerja, tetapi adakah anda akan bekerja dengan mereka walaupun anda sudah berumur 56 tahun ? Jika syarikat anda gulung tikar, adakah mereka masih menjaga kebajikan keluarga anda ? Ingat, kebanyakan penyakit akan muncul lepas anda berumur 50 tahun.
Kos rawatan yang tinggi mampu merentap poket anda sehingga KOSONG jika anda tidak mempunyai apa – apa perlindungan perubatan. Adakah anda relah menggunakan wang KWSP atau dana persaraan anda bagi membiayai kos rawatan penyakit ?
——————– ——————- ——————————————————-
KESIMPULAN
Mari kita lihat sama ada pembahagian gaji tadi memenuhi 1/3 dari gaji anda yang disarankan untuk simpanan dan pelaburan.
Dana Persaraan + Dana Pendidikan Anak + Plan Perlindungan Gaji + Dana Perubatan
RM 400 + RM 300 + RM 300 + RM 200 = RM 1 200 / sebulan bagi merancang kewangan anda.
RM 1 200 masih kurang RM 1300 (1/3 GAJI ). Lebihan RM 100 anda boleh manfaatkan untuk tusyen anak dan lain2.
Jika anda mampu allocate gaji untuk tujuan simpanan dan pelaburan lebih dari 1/3 gaji, ia adalah sangat digalakkan.
Pengagihan di atas tidak semestinya diikuti, tapi ia menjadi contoh dalam merangka plan kewangan anda. Ia bergantung kepada keadaaan kewangan anda sekarang dan matlamat kewangan anda.
——————– ————————- ——————————
PENUTUP
Bertindaklah dari sekarang dalam merancang kewangan anda. Ia memang perlu. Bagi memastikan kewangan anda tidak berada dilandasan yang salah. jadi,simpan emas sebagai sandaran pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment