Tuesday, December 21, 2010

EMAS IBU DUIT YANG SEBENAR


“Kalau ibu duit disimpan dalam dompet..ibarat duit kita takkan abis sampai kering, sebaliknya ia sentiasa beranak pinak..”



BEST betul bila mendengarnya kan???
Tapi tak semudah itu untuk merealisasikannya.. melainkan dengan menyimpan emas.
Kenapa emas??? Jom kita baca kisah selanjutnya...
Lazimnya ibu duit nie kalau mengikut petua orang2 lama, ia dibuat dengan menggunakan ‘duit istimewa’. Duit yang digunakan bukan sebarang duit.. hanya duit yang terpilih saja boleh dijadikan ibu duit. Antara kategori duit yang boleh dijadikan ibu duit ialah duit yang dijumpai dalam keadaan yang pelik,tertakluk pada hari, keadaan, waktu, tempat, dan (yang pelik2 lah.. tiada yg pelik melainkan pelik2 belaka) datangnya ibu duit tersebut. Kebiasaannya duit yang dijumpai pada hari Jumaat waktu hujan adalah lebih mujarab untuk dibuat ibu duit. Entah betul atau tidak wallahuallam...


Kalau camtu best laa sbb kebetulan time solat jumaat tadi hujan, aku ada gak terjumpa duit tgh jalan tp duit 20 sen je laa hehehe.. memang seronok klu dengar cerita2 pelik nie hehehe..


Aku pun pernah terdengar ada orang simpan emas dalam dompet untuk dijadikan ibu duit. Yang ini pada aku tak pelik.. ini benar2 kenyataan bukan cobaan hehehe.. sebab bila difikir-fikirkan balik memang ada logiknya jugak mengapa emas digelar ibu duit..


Sebab2 kenapa emas dipanggil ibu duit ialah:

Emas semakin lama disimpan, semakin meningkat nilainya.

Nilai wang anda semakin beranak pinak (compounding) sekiranya anda menyimpan wang dalam bentuk emas.

Emas kalis inflasi, ia penyimpan nilai kekayaan yang kukuh.

Emas tak boleh ditiru mahupun dicipta.. Emas tak boleh dimanipulasi
duit kertas senang-senang je orang tiru buat duit palsu.. sebab tu inflasi semakin meningkat...
lambakkan duit palsu di pasaran memburukkan lagi keadaan.. kewujudannya menyebabkan inflasi turut meningkat.

Nilai emas tak boleh dimusnahkan. Klu terbakar cair pun ia tetap bernilai walaupun tak seperti bentuk asal SEBAB EMAS TETAP EMAS..

tak macam duit, klu terbakar hangus abis rentung jadi abu.. tak bernilai dah..

Ibu duit ni selalunya digunakan oleh orang yang berniaga. Ibu duit selalunya akan diletakkan di dalam laci atau tempat duit perniagaan disimpan semasa berniaga, seperti di dalam mesin cashier atau dalam dompet duit. Menariknya, dari segi nilai Ibu duit ni, duit satu sen pun boleh dibuat ibu duit, asalkan duit tu menepati ciri-ciri yang disebutkan di atas tadi.

Yang kelakarnya ada juga yang berpendapat lagi besar nilai wang yang dijadikan ibu duit tu, lebih besar jugalah wang yang akan datang masuk ke dompet atau mesin cashier tu nanti. Walau apapun caranya itu semua adalah kepercayaan dan petua yang boleh kita panggil sebagai ikhtiar untuk mencari rezeki yang halal.

Pokok pangkalnya, ibu duit yang sebenar adalah diri kita sendiri.. berusaha, bekerja keras dan berdoa serta bertawakal pada ALLAH baru laa dapat rezeki :)
Amalkan selalu Surah Al-Waqiah, Insya'Allah mudah segala urusan dan diperbanyakkan rezeki. Semuanya datang dari ALLAH.. kepada-Nya jualah kita memohon.

Jadi kesimpulannya jom beli emas sekarang. Jadikan emas sebagai ibu duit anda. Tak rugi melabur dalam emas, sebab emas adalah asset yang berkembang dan bertambah bernilainya dari masa ke semasa.
Ia juga mudah dicairkan (liquidity) apabila kita perlukan wang segera atau 'cash money'.
Dengan memiliki emas fizikal di tangan, anda mempunyai 2 pilihan sama ada untuk menjualnya atau memajaknya di Ar-Rahnu sekiranya anda memerlukan wang.
Itulah kelebihan emas sebagai asset penyimpan nilai kekayaan anda.


Berminat nak membeli emas boleh hubungi saya di talian:
019- 334 52543

SIMPANAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN ANDA

No comments:

Post a Comment