Monday, January 3, 2011

PILIHAN 2011. ASB ATAU EMAS?


Salam sejahtera, mulai 3 Januari 2011 iaitu hari ini, anda sudah boleh keluarkan dividen ASB anda. Apakah hala tuju simpanan anda tahun 2011 ini. Semoga artikel dibawah membantu anda memilih . Selamat membaca dan membuat pilihan.




1. AMANAH SAHAM BUMIPUTERA



“PNB isytihar dividen dividen ASB 7.50sen, Bonus 1.25sen” – BERNAMA
Alhamdulillah, Permodalan Nasional berhad sudah isytihar dividen dan bonus untuk ASB untuk tahun 2010 sebanyak 8.75%. Andai simpanan ASB anda RM10,000, maka jumlah yang anda perolehi ialah RM875, pengiraan mudah. Saya juga antara pelabur yang meyimpan wang didalam akaun ASB. Dari segi keselamatan, memang terjamin dan dari segi pengurusan pula, anda tidak perlu pening kepala untuk memantau saham setiap masa kerana semuanya diuruskan oleh pihak berwajib PNB.
Apa yang anda perlu buat ialah simpan duit anda didalam akaun ASB anda.






Pantas masa berlalu, penghujung tahun sudah tiba. Mungkin inilah masa terbaik untuk anda membuat analisis tentang kenaikan dan penurunan harga sesuatu barang. Apa jua yang berada di dunia ini mengalami turun dan naiknya. Alam juga tidak lari dari pasang surut airnya, siang dan malamnya. Kali ini, saya hanya membuat sedikit analisis tentang emas.
Dalam pemerhatian saya, kenaikan harga emas dari awal tahun 2010 hingga akhir tahun 2010 amat menarik. Kalau mengikut sumber dari GoldPrice History, purata kenaikan harga emas ialah 26.23%. Bagi saya, kenaikan ini sudah mengatasi pulangan ASB yang hanya 8.75% setahun. Eh, kalau simpan duit dalam bentuk emas bagus jugak ya.



Pilihan ditangan anda untuk menyimpan wang dalam bentuk aset stok (saham) , aset fizikal, atau letak duit bawah bantal. Dengan penjelasan di atas, mungkin dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat, dengan sedikit usaha anda untuk mencari maklumat yang lebih terperinci, anda mampu untuk membuat pilihan yang tepat. Satu nasihat dari saya, pelaburan yang akan anda pilih semestinya halal dan tidak terlibat dengan sesuatu yang meragukan. Saya sendiri pelbagaikan cara simpanan duit iaitu dalam bentuk emas, dan simpanan ASB.

Artikal asal dari:

http://www.auraurum.com/2011/01/pilihan-2011-simpanan-asb-emas-atau.html

No comments:

Post a Comment