Tuesday, April 12, 2011

SEKADAR BERKONGSI KENAPA AKU SIMPAN EMAS & PERAK.........

Artikel ni ditujukan kepada rakan semua.

Saya menyimpan, membeli, menjual dan cuba menggunakan dinar dirham dalam urusan muamalat.

Sekarang ini, kita melihat, harga emas dan perak dunia, semakin hari, semakin mahal mengikut nilaian duit kertas yang kita pegang.

Dan dahulu kala, orang kata,emas waktu 1 gram harga RM 36 (lebih 10 tahun dulu), orang kata mahal.

Lepas tu, harga RM 70/gram pun masih mahal.

Tup tap tup tap, hari ni, RM 172/gram , pun masih mahal.

Entah bilakah akan murah emas ni ye?

Kalian masih ingat tiga tragedi Besar yang melanda bangsa kita di Tanah Melayu?

Di Malaysia ini.

Sebelum merdeka, duit kertas British mula perkenalkan. Depa sandarkan dengan emas.

Lepas Jepun datang, duit kertas British yang orang melayu pegang habis tiada nilai.

Berjuta-juta tan emas orang melayu rugi sebab duit kertas British tak laku, tak leh tukar dengan emas balik.

British bawa balik bertan-tan emas free-free je ke negara depa. Orang tanah melayu kena tipu.

Lepas tu, Jepun datang dengan duit daun pisangnya.

Orang Tanah Melayu rugi. Bertan-tan Emas.

Tahun 1997, krisis ekonomi Asia, Malaysia lingkup dan hampir lingkup.

Kertas ringgit hilang separuh nilainya dari nilai asal.

Yang kaya jadi miskin , yang miskin terus lingkup.

Tapi, dari tiga-tiga peristiwa ni, orang yang simpan emas dan perak, merasa selamat.

Sebabnya, harta mereka tersimpan dan aset mereka terjaga.

Lepas habis setiap tragedi tersebut, yang simpan emas perak, meneruskan kehidupan macam biasa.

Depa pi pajak, jual emas perak depa, dapat barang.

Itu Cerita RIngkas.

Hari ni, pakat pulun ramai orang makin celik, bab simpan harta ni.

Dari banyak-banyak aset, emas perak paling ramai yang dok bisik-bisik.

Biasa emas ni, orang ada banyak duit kertas sket, boleh beli.

dan Perak pula, orang biasa dan duit takat-takat ada, mudah dan boleh beli.

Dan sekarang ni, dah makin banyak orang sibuk cakap pasal dinar dirham, berjual beli dengan emas dan perak.

Beli barang pasar (barang-barang kecil), guna dirham (syiling perak).

Beli barang besar (rumah, kereta, motor, kambing, lembu dll) guna dinar (emas).

Sibuk cakap pasal beli ni, bila masa nak simpan?

Harga dirham sekarang ni, RM 24 untuk 1 dirham ( 3 gram perak).

Masa saya mula beli dulu, 8 bulan lepas, harganya RM 13 untuk 1 dirham.

Harga untuk 1 auns syiling perak (31.1 gram atau 10 dirham ) dunia (australia,canada amerika, rusia dll) di pasaran malaysia = RM 140-150.

Jadi, saya bagi kesimpulan sikit.

Dirham ni, disebabkan dia mudah cair (boleh terus guna), jadi elok untuk kegunaan dan simpanan jangka pendek.

Jumpa kedai, tanya terima dinar dirham tak, kalau terima, boleh terus guna untuk nilai tersebut (nilai semasa dirham) , kalau kedai tak terima, boleh simpan balik.

Untuk syiling auns ni,harganya murah tapi orang nak buat urus niaga tu, kalau yang betul-betul faham sahaja yang terima syiling auns ni sebagai buat jual beli barang.

Tapi, dalam banyak hal, ianya tetap syiling yang mempunyai perak. Dan penyimpan nilai terbaik.

1 dirham ( 3 gram perak ) 1400 tahun dulu boleh beli seekor ayam, hari ni, 1 dirham boleh beli 1 ekor ayam juga.

Jadi, 2 kesimpulan nampak kan?

Bahagikan duit simpanan kalian kepada dua bahagian ,ikut dan terpulang % masing-masing.

1- Kalau nak terus guna, beli dirham, simpan dalam dompet. sentiasa bawa, jumpa kedai, tanya, terima dirham tak, kalau terima, alhamdulillah, terus guna beli barang.

2 – Kalau mahu simpan untuk jangka panjang, (melebihi 9 bulan sehingga berpuluh tahun) , maka eloklah beli perak syiling atau jongkong yang paling murah dan paling tulen (Ag 999 @ Au 999 ), beli dan simpan, lepas setahun, keluar zakat ( 2.5% dari seluruh emas/perak yang ada).

Insya Allah, sekarang ni, dah ramai orang sedar pasal emas perak, dinar dirham ni, jadi dalam masa setahun ni, akan ada perubahan besar berlaku.

Eh, eh…korang tahu kan apa yang pakar-pakar ekonomi barat cakap pasal ekonomi dunia pada 2012 nanti?.........

(bukan nak meramal atau nak jadi tukang nujum ke apa ke, tapi depa cakap berdasarkan fakta. Penunjuk arasnya, harga emas perak tahun lepas dan awal tahun ni, naik antara paling tinggi dalam sejarah).


Kalau dah ada emas dan perak, ce cerita kat kawan-kawan lain ajak simpan sama.

Tempat simpan, jangan bagitau orang :)


Sekian,

kredit info dr umar alfateh..syazwan madihah...





Hah nialah.... goman duit pisang jaman jopun, zaman atok nenek kito maso dulu.....agak2 eh kalo korang dok zaman tu simpan duit ni 1 juta laku ke zaman sekarang ???? fikir2 kanlah....

No comments:

Post a Comment