Keretakan Rumah Putih semakin ketara,
"Presiden Kesatuan Eropah, Rompuy mengumumkan 2009 sebagai" tahun pertama pemerintahan global "
USA kini sedang menanti satu saat yang melemaskan akibat cuaca ekonominya semakin redup dan kelam. Mungkinkah ini satu petanda bahawa zaman keagungannya telah hampir tamat, itulah satu andaian beberapa pakar ekonomi dunia dewasa ini.
Yang pasti sesiapa yang sering mengikuti perkembangan maklumat penganalisa teori konspirasi tidak akan terkejut jika ia benar-benar berlaku. Pakar konspirasi termasuk dari kalangan penyelidik Islam, pernah membuat kenyataan bahawa pada tahun 2012 nanti, kekuasaan ekonomi USA akan rebah dan semua negara akan beralih pandangan ke arah negara Israel sebagai kuasa baru ekonomi. Ada bukti menunjukkan Rothschild (yang menguasai ekonomi dunia) membiayai pembangunan besar-besaran di sana. Bertepatan pula sekarang ini ialah tahun 2011, dan dalam 1 tahun sahaja lagi segalanya akan berubah.
Kenaikan harga minyak dan barangan keperluan asas semakin tinggi sementara nilai matawang pula merosot. Baru-baru ini Russia dan China telah membuat kenyataan akan menggantikan Dollar dengan matawang lain dalan pembelian bekalan minyak. Pergantungan terhadap Dollar semakin lemah. Arab Saudi, Korea Selatan, China, Venezuela, Sudan dan Rusia telah mengambil langkah-langkah untuk menggantikan dolar AS dalam tukaran antarabangsa.
Akhbar Britain Independent melaporkan bahawa para pegawai Rusia telah mengadakan "pertemuan sulit" dengan negara-negara Arab, China dan Perancis untuk menamatkan penggunaan dolar AS dalam perdagangan minyak antarabangsa.
The Independent berkata pertemuan tersebut telah disahkan oleh sumber-sumber perbankan China dan Arab. Negara-negara ini termasuk juga Iran dilaporkan berusaha untuk beralih daripada dolar kepada beberapa mata wang lain termasuk euro, yen Jepun, yuan China, emas, dan mata wang bersepadu baru yang dipersetujui oleh negara pengeluar minyak Arab.
Presiden EU yang baru dilantik memaklumkan kepada dunia bahawa mulai tahun 2009, akan wujud satu era baru iaitu "satu kerajaan global" yang tentunya bermaksud NWO (New World Order) seperti yang pernah kita dengar sebelum ini. Proses ini sedang berjalan dan tidak syak lagi pada tahun 2012 nanti ekonomi dunia terutama USA akan runtuh seperti mana yang di andaikan oleh beberapa penyelidik.
Ini satu lagi bukti kerja jahat tangan "penjenayah bayang-bayang" illuminati. Presiden Kesatuan Eropah yang baru dilantik begitu berkeyakinan dan telah mengisytiharkan 2009 sebagai "tahun pertama pemerintahan global." Sebaik dilantik sebagai Presiden pada November 19, beliau menyatakan,
"2009 juga merupakan tahun pertama pemerintahan global, dengan pembentukan G20 di tengah krisis kewangan. Sidang di Copenhagen adalah satu langkah menjurus kepada pengurusan global planet kita. "
“2009 is also the first year of global governance, with the establishment of the G20 in the middle of the financial crisis. The climate conference in Copenhagen is another step towards the global management of our planet.” Presiden Kesatuan Eropah Pertama
Bekas Perdana Menteri Belgium ini mengambil peranan hanya beberapa hari sahaja selepas bertemu dengan komplot rahsia (globalist).
Rompuy telah menghadiri makan malam Bilderberg di Hertoginnendal, Brussels pada November 15, di mana beliau mengumumkan rancangan Kesatuan Eropah untuk melaksanakan pelbagai cukai yang akan dibayar terus ke Brussel. Baru-baru ini Mario Borghezio (Itali), ahli Parlimen Eropah, berbicara secara terbuka terhadap pengaruh pertubuhan globalist seperti Bilderberg Group dan Suruhanjaya Trilateral. "Adakah mungkin bahawa tidak ada seorang pun menyedari bahawa kesemua 3 (calon presiden Kesatuan Eropah) sering menghadiri mesyuarat Bilderberg atau Trilateral?," Tanya Borghezio. Rompuy globalist nescaya akan melayani kepentingan kerajaan Kesatuan Eropah.
Pengaruh USA sedang beransur-ansur lumpuh dan kemungkinan penguasaan USA dalam hal ehwal global juga akan bernsur-ansur hilang. Peranan utama akan diambil alih oleh Eropah melalui EU sebagai peneraju utama gerakan Illuminati. Kemungkinan besar ia bersifat sementara sahaja menjelang 2012.
Apa yang berlaku itu adalah bukti nyata, kerja-kerja rahsia dan muslihat mereka (zionis dan sekutunya) untuk menyegerakan persiapan pemerintahan Dajjal seperti yang dilaporkan sebelum ini. Ia amatlah munasabah dan masuk akal.
Adakah 2009 Tahun Pertama 'New World Order'? Jika benar, mereka sudah mulai takut Agenda Tersembunyi mereka dan konspirasi akan terdedah meluas kepada masyarakat dunia sebelum mereka menamatkan tugas terakhir mereka. "Endgame" ...
Mereka mempercepatkan rencana mereka, Kerana "kebenaran" adalah musuh yang akan menghalang mereka..
kredit to Wan Jolobu
No comments:
Post a Comment