Tuesday, December 28, 2010

Inflasi... Apa peranan emas?

Salam,hari ini saya hendak berkongsi dengan anda tentang inflasi.Apa yang kita tahu tentang inflasi? Mari kita renungkan bersama apa yang akan terjadi.
Inflasi pada perkiraan Bank Negara berada pada tahap 7-8% setahun. Bagaimana kadar ini ditentukan tidaklah kita tahu sangat. Tetapi mengikut perkiraan Perancang Kewangan, kadar inflasi berada pada kadar 7.7%.

Apakah inflasi : Inflasi adalah suatu kadar yang ditentukan untuk mengukur kenaikan harga barang di pasaran ( ini dalam bahasa mudah ).

Mari kita lihat kesan inflasi untuk 20 tahun akan datang.

——————— ——————- ————————————————

1. Makanan

Roti canai pada 5 tahun lepas berada pada tahap RM 0.50 sekeping. Sekarang 2010, ia beharga RM 0.80. ( kenaikan 37.5% ). Harga Mee Udang Penang, 5 tahun lepas berada pada tahap RM 5.00 semangkuk. Sekarang 2010, berada pada tahap RM 12.00 semangkuk. ( kenaikan 140 % )

Sebuah keluarga pada hari ini membelanjakan RM 20 sehari untuk makan pagi, tengahari dan malam. Ini kadar yang termurah. Untuk 20 tahun lagi dengan kadar inflasi 6%, ia berada pada tahap RM 64.15 SEHARI. 20 tahun dari sekarang adalah ZAMAN PERSARAAN BAGI KEBANYAKAN ORANG SEKARANG.

SEHARI RM 64.15
SEBULAN RM 64.15 X 30 = RM 1924.5
SETAHUN = 12 X RM 1924.5 = RM 23094 ( Hanya untuk MAKANAN PAGI , TENGAHARI DAN MALAM )

Selepas bersara, orang Malaysia boleh hidup lagi 20 – 30 tahun.
Kalau anda hidup 25 tahun lagi selepas bersara, anda memerlukan RM 23 094 X 25 = RM 577 350.

INI HANYA UNTUK PERBELANJAAN MAKANAN PAGI, TENGAH HARI DAN MALAM.

Tidak termasuk belanja perubatan, wang sara hidup yang lain, bil-bil, hutang-hutang jika masih ada, tanggungan anak universiti ( kebanyakan pesara masih mempunyai anak belajar di universiti ), hiburan dan rekreasi, percutian, umrah dan haji.

Jika nak dikirakan semua, anda mungkin memerlukan antara RM 4 000 – RM 5000 sebulan bagi menyara kehidupan selepas bersara. Ini bermakna, untuk 25 tahun selepas bersara anda memerlukan RM 5000 x 12 bulan x 25 tahun = RM 1.5 JUTA

Agak – agak KWSP anda MAMPU mencecah angka JUTA dalam masa 20 tahun dari sekarang ?

————————- —————— —————————————-
2. Pendidikan Universiti Anak

Hari ini, rata – rata student IPT Awam meminjam RM 40 000 untuk biaya pendidikan mereka. IPT Swasta meminjam RM 60 000 atau lebih.

20 tahun akan datang, dengan inflasi 5%, kos IPT Awam bakal mencecah RM 111 438. ( RM 110 000 – RM 120 000 ). Tempat IPT Awam adalah sangat terhad. Persaingan sangat sengit. Sekarang jika anak anda cemerlang dalam SPM, belum tentu mereka boleh ke IPT Awam. Tajaan Kerajaan keluar Negara hanyalah RM 2000 setahun dengan kuota bumiputra telah dikurangkan baru2 ini ke 50%.

Jika anak anda tiada pilihan dan terpaksa ke IPT Swasta, kos yang bakal ditanggung oleh anda adalah RM 159 197 ( RM 150 000 – 160 000 ). Belum lagi, jika mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara.

PINJAMAN PELAJARAN
Jangan terkejut jika pada hari ini, pemberi pinjaman ( bank dan termasuk institusi kerajaan seperti PTPTN dan MARA ) mengenakan faedah ke atas pinjaman. Cuba anda bayangkan pinjaman RM 100 000 – RM 150 000 jika dikenakan faedah pada kadar 3 – 6% setahun selama 10 tahun bayaran balik pinjaman, mereka akan antara RM 40 000 – 60 000. Jelaslah disini pinjaman pelajaran telah menjadi suatu PRODUK YANG MENGUNTUNGKAN BANK DAN SESETENGAH INSTITUSI KERAJAAN.

BAYARAN BALIK YANG MEMBEBANKAN
Jika hari ini mereka yang meminjam RM 40 000 terpaksa membayar RM 250 / sebulan kepada pihak pemberi pinjaman, bagaimana pula bagi anak anda yang bakal meminjam RM 120 000 utk 20 tahun akan datang ? Berapa jumlah yang terpaksa dibayar mereka ? RM 500 sebulan ? RM 1000 sebulan ?

Siswazah yang baru kerja bidang Kejuruteraan, akan mendapat gaji purata RM 2000 sebulan. Dengan kadar kenaikan gaji setahun yang rendah 2% setahun, bakal jurutera 20tahun akan datang bakal mendapat gaji permulaan sekitar RM 3000 / sebulan. Jika RM 500 terpaksa digunakan untuk membayar pinjaman pelajaran, bermakna 16% telah digunakan. Bagaimana mereka hendak merancang kewangan dengan berkesan jika 16% terpaksa digunakan untuk membayar liabiliti. Ini tak termasuk pinjaman kenderaan , rumah , pinjaman peribadi untuk kahwin dan kos sara hidup RM 2000 sebulan untuk makanan sahaja.

————————— ——————- ————————————-
3. Kos perubatan dan rawatan Hospital

Angka yang nak ditunjukkan kepada anda amatlah menakutkan. Yang pasti kos rawatan penyakit kritikal berada di sekitar atau hampir RM 100 000 untuk 20 tahun akan datang.

Sekarang Kos rawatan kanser melebihi RM 100 000 utk tahap 4..seperti apa yang menimpa pelakon Azean Irdawaty..beratus ribu habis…kalau kita isteri Perdana Menteri..tak kisah sebab boleh dapat rawatan 1st class di US.

————– ————————— —————————————————–
RANCANGLAH KEWANGAN ANDA DARI SEKARANG

Ada pendapat Pengurusan Kewangan menyatakan, untuk menyusun perancangan kewangan yang sesuai dengan kehidupan kita, anda boleh menyusun seperti bagaimana anda menjalani hidup anda sekarang.

Sebagai contoh, dalam 1 hari (24 jam), anda menghabiskan masa 8 jam untuk tidur / berehat. 8 jam untuk bekerja dan 8 jam lagi untuk aktiviti semasa seperti bersukan, berhibur, belajar dan sebagainya. Dalam erti kata lain, anda membahagikan masa anda kepada 3 kategori utama, iaitu

1/3 untuk tidur / berehat
1/3 untuk bekerja
1/3 untuk aktiviti semasa

Dalam perancangan kewangan pun begitu juga, menurut pendapatnya. Setiap kali kita menerima income, pengurusan kewangan kita, terbahagi kepada 3 kategori utama, iaitu :-

1/3 untuk simpanan & pelaburan
1/3 untuk bayaran hutang pinjaman (tips – bayaran kereta tak lebih dari 15% gaji anda. Bayaran rumah 20% dari gaji anda.
1/3 untuk keperluan / tuntutan semasa

Sebab itulah, kalau kita tengok bila bank hendak meluluskan permohonan pinjaman kita, mereka mengukur kemampuan anda berdasarkan bayaran ansurans TIDAK BOLEH LEBIH dari 1/3 gaji bersih anda.

Ddalam kehidupan sebenar, anda boleh sesuaikan sedikit nisbah di atas, untuk menyesuaikan diri seperti 30% untuk simpanan & pelaburan, 35% untuk keperluan semasa dan 35% untuk bayaran hutang. But anggaran, itulah pecahan yang ideal dalam perancangan kewangan.

1/3 Gaji untuk Simpanan dan Pelaburan

Jika anda bergaji RM 4000 ( termasuk isteri dan suami ), 1/3 dari gaji = RM 1333.33 atau RM 1300. Lihat bagaimana sy membahagi RM 1300 kepada beberapa bahagian dalam merancang kewangan :

——————— ————- —————————————-
BINA DANA PERSARAAN ANDA SENDIRI – Jangan harap pada KWSP atau pencen kerajaan sahaja. Ingatlah kesan INFLASI

Melaburlah di Saham Amanah
Sama ada anda perasan atau tidak, saham amanah adalah instrumen pelaburan yang mempu memberikan pulangan antara 9 – 15% setahun untuk jangka masa panjang.

Jika anda menyimpan dari gaji anda – RM 400 / sebulan, dengan kadar pulangan purata 15% setahun, ia mampu menjana dana persaraan anda RM 380 000. JIka ada bajet lebih anda boleh tambah pelaburan RM 500 RM 600 atau RM 1000/sebulan jika mahu. lawati www.publicmutual.com.my

Jika anda mempunyai KWSP, anda boleh mengeluarkan sebahagian dana dari Akaun 1 untuk dilaburkan di Saham Amanah. Jika anda keluarkan RM 20 000 , dalam masa 20 tahun, dengan pulangan purata 12% setahun, ia mampu menjada dana persaraan anda sebanyak RM 658 379. 00. Jika anda masih kekalkan RM 200000 di KWSP dengan pulangan purata 5% setahun, ia hanya menjana RM67 727 shj. sila lawati www.kwsp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pelaburan Ahli KWSP

—————– ——————————- ———————————
WARISKAN GAJI ANDA PADA KELUARGA TERSAYANG

Sebelum anda sebagai PENCARI NAFKAH keluarga ditimpa musibah, binalah benteng perlindungan gaji anda. Jika musibah menimpa tanpa benteng untuk menampan kesannya, keluarga anda bakal ditimpa satu lagi musibah iaitu BENCANA KEWANGAN disebabkan kehilangan punca pendapatan keluarga.

Binalah Perlindungan ke atas Gaji anda
Jika anda menyimpan 10% dari gaji anda di TAKAFUL/INSURANS BERKAIT PELABURAN , ia mampu menjana benteng perlindungan pendapatan sebanyak RM 300 000 sekiranya PENCARI NAFKAH meninggal dunia / lumpuh kekal. Sy cadangkan RM 300 /sebulan.

RM 300 000 jika dilaburkan dengan pulangan purata 10% setaun , ia mampu menjana pendapatan RM 30 000 /setahun untuk waris / keluarga meneruskan kehidupan.

———————— ——————————- ————————————–

ANDA SEBAGAI SUMBER DANA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN IPT ANAK

Dalam masa 20 tahun dari sekarang, jika anak anda berumur 1 tahun, simpanlah RM 150 sebagai permulaan bagi setiap anak anda di saham amanah bagi memenuhi IMPIAN ANDA MELIHAT MEREKA KE MENARA GADING tanpa perlu bersusah payah mencari sumber untuk meminjam bagi membiayai pendidikan mereka.

——————— —————– ———————————————————

BIAR ORANG LAIN BAYAR KOS PERUBATAN DAN RAWATAN PENYAKIT BIASA/KRITIKAL DI HOSPITAL

Dengan memperuntukkan RM 150 – RM 200, anda mampu memnyediakan dana RM 60 000 dalam sekelip mata bagi setiap ahli keluarga anda jika salah seorang dari anda mahupun kesemua ahli mendapat rawatan bagi penyakit biasa atau kritikal di Hospital swasta.

Anda mungkin ditanggung syarikat insurans tempat anda bekerja, tetapi adakah anda akan bekerja dengan mereka walaupun anda sudah berumur 56 tahun ? Jika syarikat anda gulung tikar, adakah mereka masih menjaga kebajikan keluarga anda ? Ingat, kebanyakan penyakit akan muncul lepas anda berumur 50 tahun.

Kos rawatan yang tinggi mampu merentap poket anda sehingga KOSONG jika anda tidak mempunyai apa – apa perlindungan perubatan. Adakah anda relah menggunakan wang KWSP atau dana persaraan anda bagi membiayai kos rawatan penyakit ?

——————– ——————- ——————————————————-

KESIMPULAN

Mari kita lihat sama ada pembahagian gaji tadi memenuhi 1/3 dari gaji anda yang disarankan untuk simpanan dan pelaburan.

Dana Persaraan + Dana Pendidikan Anak + Plan Perlindungan Gaji + Dana Perubatan

RM 400 + RM 300 + RM 300 + RM 200 = RM 1 200 / sebulan bagi merancang kewangan anda.

RM 1 200 masih kurang RM 1300 (1/3 GAJI ). Lebihan RM 100 anda boleh manfaatkan untuk tusyen anak dan lain2.

Jika anda mampu allocate gaji untuk tujuan simpanan dan pelaburan lebih dari 1/3 gaji, ia adalah sangat digalakkan.

Pengagihan di atas tidak semestinya diikuti, tapi ia menjadi contoh dalam merangka plan kewangan anda. Ia bergantung kepada keadaaan kewangan anda sekarang dan matlamat kewangan anda.

——————– ————————- ——————————

PENUTUP

Bertindaklah dari sekarang dalam merancang kewangan anda. Ia memang perlu. Bagi memastikan kewangan anda tidak berada dilandasan yang salah. jadi,simpan emas sebagai sandaran pada masa akan datang.

Sunday, December 26, 2010

Renungan: Bertindaklah sekarang!!! Sebenarnya anda belum terlambat....


Mulakan menyimpan menabung, memiliki emas walaupun pada jumlah yang sedikit....Mulakan hari ini dengan 1 dinar 1 bulan.

PEPATAH ARAB
KOLILAN-KOLILAN FASORAN JABALAN => SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT.


Petikan Ilmuan Islam
Prof Dr Hamka ada berkata:
"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba, datang tidak menentu masa, datang ketika kita dalam kesusahan atau kesempitan.
Nilailah peluang itu secara bijaksana, rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu secara tiba-tiba.
Jangan jadikan seribu alasan untuk menolak peluang yang besar itu" Bertindaklah sekarang!!!
Hubungi saya untuk keterangan lanjut : 0193345253

Rancang Pendapatan Anda, Bebaskan Diri Dari Belenggu Kewangan



Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang pengurusan kewangan. Ianya amat berkait rapat dengan pelaburan dan perlindungan nilai harta anda.

Cuba muhasabah diri dan asah minda kewangan anda untuk meningkatkan Financial IQ di dalam mengendalikan masalah kewangan. Hakikat yang perlu anda sedari ialah jika anda mampu menyelesaikan masalah kewangan anda, secara automatik ianya akan meningkatkan Financial IQ anda, sekaligus anda mampu merancang bagaimana untuk menjadi kaya!!

Rasanya semua orang (termasuk saya) berbelanja setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Tetapi adakah pendapatan yang masuk ke akaun juga setiap hari, minggu, bulan dan tahun?

Atau adakah pendapatan yang masuk ke akaun anda setiap bulan (Gaji) dibelanjakan untuk perbelanjaan harian, mingguan, bulanan dan tahunan? sudah pasti tidak cukup!!!

Rancang pendapatan pasif anda, pastikan pendapatan harian untuk cover perbelanjaan harian, pendapatan mingguan untuk cover perbelanjaan mingguan dan seterusnya, saya jamin jika anda mampu tentukan perbelanjaan seperti itu sudah pasti anda bebas dari belenggu kewangan dan anda akan menjadi TUAN kepada wang anda, dan bukannya wang yang menjadi TUAN kepada anda!!

Apa yang saya maksudkan menjadi TUAN kepada wang anda ialah, anda perlu menjadikan wang anda bekerja untuk anda, dan jangan sekali2 menghabiskan seluruh kehidupan anda bekerja untuk wang!!

Saya mengkelaskan pendapatan pasif saya mengikut keperluan perbelanjaan seperti ini :


Pendapatan Harian : Untung runcit jualan emas
Pendapatan Mingguan : Fotografi, Spot Gold & Silver Trade
Pendapatan Bulanan : Komisyen Public Gold, Hasil sawit
Pendapatan Tahunan : Dividen ASB
Perlindungan Nilai Harta : Physical Gold & Silver

Jika anda juga mampu mengkelaskan pendapatan seperti ini, maka anda telah berjaya mengatasi masalah kewangan anda, sekaligus membebaskan diri dari belenggu kewangan dan saya jamin yang anda pasti akan lupa bilakah tarikh gaji anda!!!

Ingat!!

Jika anda bekerja untuk wang, nescaya anda akan menghabiskan seluruh hayat anda hanya untuk bekerja dan mengumpul wang untuk persediaan melalui hari2 persaraan anda. Hidup anda akan sentiasa dibayangi kebimbangan dan dihantui persoalan "cukupkah simpanan aku ini?"

Sebaliknya, biarkan wang yang bekerja untuk anda, dan nikmatilah kehidupan ini sepenuhnya bersama keluarga dan anak2. Bawalah mereka bercuti, menikmati keindahan alam ciptaan tuhan, agar kita lebih mensyukuri nikmat kehidupan. Bila wang bekerja untuk anda, ianya akan menggandakan dirinya sendiri, anda hanya perlu memantaunya sesekali sahaja!!

Tuesday, December 21, 2010

TUKAR DIVIDEN ASB ANDA KEPADA EMAS FIZIKAL

Anda akan lebih seronok dan gembira lagi sekiranya anda memanfaatkan sepenuhnya dividen ASB anda untuk membeli emas fizikal.


Tahun 2010 tinggal beberapa hari lagi nak berakhir..
Selalunya bila tiba hujung tahun nie ramai yg seronok nak menuai hasil dividen ASB :)



Pembelian emas yang anda lakukan pada hari ini akan memberikan pulangan yg LEBIH LUMAYAN dari dividen ASB.. pada penghujung 2011 nanti.

Jadi tunggu apa lagi jom beli emas fizikal dengan dividen ASB anda.

AZAM TAHUN 2011



Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya, 2011 pula telah hampir tiba.
Apakah azam tahun baru anda untuk 2011 nanti??? Jom lakukan simpanan emas.


Kepada anda yang akan mendapat dividen ASB, apa kata anda tukar wang anda itu kepada emas.
Di penghujung tahun 2011 nanti cuba anda bandingkan, mana yang lebih memberikan pulangan, simpanan EMAS atau simpanan ASB anda.


Jika ASB memberikan anda pulangan 8.75% setahun, emas akan memberikan pulangan yang lebih dari itu. Ini bukan omong kosong tapi ini adalah kenyataan.


Tak percaya?? Cuba bandingkan graf kenaikan harga emas dan jadual dividen ASB di bawah. Lihat trendnya. Bermula dari tahun 2000 harga emas mengalami kenaikan sepanjang 10 tahun berikutnya, manakala dividen ASB pula adalah sebaliknya.



Mengapa boleh jadi begitu???
Ini kerana wang yang kita simpan bertahun-tahun dalam akaun bank akan mengalami susut nilai akibat INFLASI. Kenaikan inflasi menyebabkan wang simpanan kita susut nilai, manakala harga barang mengalami kenaikan yang melampau!!. Wang di dalam simpanan kita sebenarnya telah 'dicuri dalam diam'. Kuantitinya sahaja bertambah tapi nilainya semakin jatuh merudum.


Oleh itu simpanlah emas kerana nilainya semakin bertambah.
EMAS penyimpan nilai kekayaan.
Simpanan emas menjamin masa depan anda.
Hubungi 019 - 334 5253
Untuk mulakan simpanan emas anda

DR. MAHATHIR GALAK RAKYAT SIMPAN EMAS

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.


Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.


Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.


"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.


"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.


Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).


Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.


(Utusan)


Tun Mahathir dah lama bersuara tentang simpanan emas ini. Sejak dari tahun 2001 ketika syiling kijang emas dilancarkan lagi.


Justeru tukar sebahagian wang simpanan anda dalam bentuk emas fizikal sekarang. Simpan Emas yang boleh dipegang dan boleh dipandang.


BUKAN buka akaun emas TAPI simpan emas yang boleh dipegang di tangan.



NAK BELI SYILING DAN JONGKONG EMAS DENGAN HARGA MURAH???
HUBUNGI SAYA
019 - 334 5253

EMAS IBU DUIT YANG SEBENAR


“Kalau ibu duit disimpan dalam dompet..ibarat duit kita takkan abis sampai kering, sebaliknya ia sentiasa beranak pinak..”



BEST betul bila mendengarnya kan???
Tapi tak semudah itu untuk merealisasikannya.. melainkan dengan menyimpan emas.
Kenapa emas??? Jom kita baca kisah selanjutnya...
Lazimnya ibu duit nie kalau mengikut petua orang2 lama, ia dibuat dengan menggunakan ‘duit istimewa’. Duit yang digunakan bukan sebarang duit.. hanya duit yang terpilih saja boleh dijadikan ibu duit. Antara kategori duit yang boleh dijadikan ibu duit ialah duit yang dijumpai dalam keadaan yang pelik,tertakluk pada hari, keadaan, waktu, tempat, dan (yang pelik2 lah.. tiada yg pelik melainkan pelik2 belaka) datangnya ibu duit tersebut. Kebiasaannya duit yang dijumpai pada hari Jumaat waktu hujan adalah lebih mujarab untuk dibuat ibu duit. Entah betul atau tidak wallahuallam...


Kalau camtu best laa sbb kebetulan time solat jumaat tadi hujan, aku ada gak terjumpa duit tgh jalan tp duit 20 sen je laa hehehe.. memang seronok klu dengar cerita2 pelik nie hehehe..


Aku pun pernah terdengar ada orang simpan emas dalam dompet untuk dijadikan ibu duit. Yang ini pada aku tak pelik.. ini benar2 kenyataan bukan cobaan hehehe.. sebab bila difikir-fikirkan balik memang ada logiknya jugak mengapa emas digelar ibu duit..


Sebab2 kenapa emas dipanggil ibu duit ialah:

Emas semakin lama disimpan, semakin meningkat nilainya.

Nilai wang anda semakin beranak pinak (compounding) sekiranya anda menyimpan wang dalam bentuk emas.

Emas kalis inflasi, ia penyimpan nilai kekayaan yang kukuh.

Emas tak boleh ditiru mahupun dicipta.. Emas tak boleh dimanipulasi
duit kertas senang-senang je orang tiru buat duit palsu.. sebab tu inflasi semakin meningkat...
lambakkan duit palsu di pasaran memburukkan lagi keadaan.. kewujudannya menyebabkan inflasi turut meningkat.

Nilai emas tak boleh dimusnahkan. Klu terbakar cair pun ia tetap bernilai walaupun tak seperti bentuk asal SEBAB EMAS TETAP EMAS..

tak macam duit, klu terbakar hangus abis rentung jadi abu.. tak bernilai dah..

Ibu duit ni selalunya digunakan oleh orang yang berniaga. Ibu duit selalunya akan diletakkan di dalam laci atau tempat duit perniagaan disimpan semasa berniaga, seperti di dalam mesin cashier atau dalam dompet duit. Menariknya, dari segi nilai Ibu duit ni, duit satu sen pun boleh dibuat ibu duit, asalkan duit tu menepati ciri-ciri yang disebutkan di atas tadi.

Yang kelakarnya ada juga yang berpendapat lagi besar nilai wang yang dijadikan ibu duit tu, lebih besar jugalah wang yang akan datang masuk ke dompet atau mesin cashier tu nanti. Walau apapun caranya itu semua adalah kepercayaan dan petua yang boleh kita panggil sebagai ikhtiar untuk mencari rezeki yang halal.

Pokok pangkalnya, ibu duit yang sebenar adalah diri kita sendiri.. berusaha, bekerja keras dan berdoa serta bertawakal pada ALLAH baru laa dapat rezeki :)
Amalkan selalu Surah Al-Waqiah, Insya'Allah mudah segala urusan dan diperbanyakkan rezeki. Semuanya datang dari ALLAH.. kepada-Nya jualah kita memohon.

Jadi kesimpulannya jom beli emas sekarang. Jadikan emas sebagai ibu duit anda. Tak rugi melabur dalam emas, sebab emas adalah asset yang berkembang dan bertambah bernilainya dari masa ke semasa.
Ia juga mudah dicairkan (liquidity) apabila kita perlukan wang segera atau 'cash money'.
Dengan memiliki emas fizikal di tangan, anda mempunyai 2 pilihan sama ada untuk menjualnya atau memajaknya di Ar-Rahnu sekiranya anda memerlukan wang.
Itulah kelebihan emas sebagai asset penyimpan nilai kekayaan anda.


Berminat nak membeli emas boleh hubungi saya di talian:
019- 334 52543

SIMPANAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN ANDA

SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (U



Apa jua situasi ekonomi dan politik, menyimpan emas menguntungkan kita!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya berharap anda sihat walafiat. Harga emas naik sekarang. Dalam USD1385. Masa yang terbaik untuk menjual dan membeli emas. Baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat peranan emas di dalam 2 situasi yang berbeza.


Yang pertama, ketika keadaan aman, seperti di Malaysia dan kedua ketika krisis ekonomi dan politik, seperti yang sedang berlaku di negara Zimbabwe.




Peranan emas ketika negara aman dan makmur.


Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:


1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin


Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak?


Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.


Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai. Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe. Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong)


5 ,000,000,000,000,000,000,000% inflasi. Pergh… teruk giler…


Wang 100 billion Zimbabwean Dollar cuma boleh membeli 3 biji telur. Pada tahun 1980, Zimbabwean Dollar mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada USD, tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas, maka nilai wang negara Zimbabwe telah kehilangan nilainya (baca kat sini)


Wang kertas Zimbabwe tak laku…


Dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai. Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai duit?


Jawapannya. EMAS


Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang.


Kesimpulannya.


Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.


Kita tetap untung.


Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti. Jadi, dengan harga emas yang turun naik sekarang nie anda dah boleh mula berjinak-jinak dengan emas dan beli emas. So apa tunggu lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang! - SYUKOR