Monday, January 31, 2011

BARANG PANAS JONGKONG EMAS GCP MULA BEREDAR DI MALAYSIA MULAI 1/2/2011

Tahniah!!!
Goldcrest Pavilion (GCP) atas pengeluaran produk barunya bar gold 999 GCP dengan masing-masing beratnya 10gram dan 20 gram diikuti sekali nombor siri produk. Puteriemas mengucapkan tahniah di atas kepelbagaian produk GCP






Sumber: Rozaini, Pengurus Pemasaran GCP.

SPESIFIKASI PRODUK

Purity : Emas 999 (24K)
Bentuk : Rata dan Bentuk Kuboid
Ukuran :
Gangguan luaran masa sukatan: Tidak terganggu dengan bubble, gelombang air, suhu
Ketepatan Sukatan : 3 saat
Cadangan Puteriemas : Paling sesuai dibeli kerana harga lebih rendah dan hasil ujian mesin densimeter adalah stabil dalam bentuk timbangan dan ketulinan

Sesiapa yang berminat untuk memilikinya, boleh menghubungi saya di talian 0193345253

Sunday, January 30, 2011

Dealer GCP bawah rangkaian Puteriemas

Tahniah kepada En Mohd Harzazi bin Harun dari Shah Alam atas keputusan untuk bersama dalam rangkaian Puteriemas. Menjadi ejen GCP adalah satu tindakan yang bijak dan posiitif. ID beliau ialah AD1232. Beliau sedia untuk menghantar emas pelanggan di Shah Alam dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Nombor talian beliau yang boleh dihubungi ialah 0122316881.

Tahniah kepada En Mohd Khairul bin Mohd Zain dari Kuala Pilah atas keputusan untuk bersama dalam rangkaian Puteriemas. ID beliau ialah AD1342...Beliau sedia untuk menghantar emas pelanggan di Kuala Pilah dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
Nombor talian beliau yang boleh dihubungi ialah 0172809767

Tahniah kepada En Ahmad Syazwan bin Tajudin dari Seberang Perai Utara atas keputusan untuk bersama dalam rangkaian Puteriemas. ID beliau ialah AD1385...Beliau sedia untuk menghantar emas pelanggan di Seberang Perai Utara dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Nombor talian beliau yang boleh dihubungi ialah 0172329802

Berita : Perak Bakal Perkenal Dinar Emas dan Dirham

Perak Perkenal Dinar Emas, Dirham Akhir Bulan Depan
IPOH: Kerajaan Perak akan memperkenalkan mata wang dinar emas dan dirham pada akhir bulan depan bertujuan mempelbagaikan bentuk simpanan kewangan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohamad Zahir Khalid berkata Perak sedang bekerjasama dengan Kuwait Finance House (KFH) untuk memperkenalkan dinar emas dan dirham kerana institusi kewangan itu berpengalaman luas dalam aspek pengendalian mata wang berkenaan.

“Apa yang pasti mata wang (dinar emas dan dirham) diperkenalkan Perak amat jauh berbeza dengan mata wang yang diperkenalkan Kelantan sebelum ini. Perbezaan itu akan dijelaskan oleh Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) nanti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pihak pengurusan tertinggi KFH di sini hari ini.

Segala perincian, mekanisme serta bentuk mata wang berkenaan akan diumumkan pada pelancaran itu nanti, kata Mohamad Zahir.Dinar emas dan dirham itu akan dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan kerjasama KFH (Malaysia) Sdn Bhd.

Pengerusi KFH Shaheen al Ghanem berharap hubungan yang terjalin termasuk dalam aspek nasihat kewangan serta sokongan dalam pengeluaran bantuan modal dengan kerajaan negeri dapat diteruskan pada masa depan.

“Kami juga sebenarnya dalam proses untuk melebarkan sayap perniagaan ke seluruh Malaysia dan sedang melihat kemungkinan mewujudkan cawangan di Ipoh pada masa terdekat kerana berpuas hati dengan inisiatif pembangunan yang ditunjukkan kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA


Sumber

Monday, January 24, 2011

PENANGAN EMAS: Saudara mara Ben Ali larikan 1.5 tan emas

PARIS: Saudara mara bekas Presiden Tunisia yang digulingkan, Zine al Abidine Ben Ali dikatakan keluar dari negara itu dengan 1.5 tan emas, lapor akhbar Le Monde yang memetik sumber risikan Perancis. Emas seberat 1.5 tan dilaporkan mencapai nilai AS$65 juta (RM194.6 juta) dalam pasaran terbuka. Pejabat Presiden Nicolas Sarkozy sudah diberikan taklimat oleh pasukan perisikan Perancis bahawa isteri kedua Ben Ali, Leila Trabelsi, mengeluarkan jongkong emas daripada bank pusat Tunisia minggu lalu.


Gabenor bank menolak permintaannya tetapi terpaksa mengalah selepas mendapat tekanan dari Ben Ali sendiri, menurut laporan itu.


Ben Ali dan Leila sudah keluar dari Tunisia selepas gelombang protes jalanan dan kemarahan yang memuncak rakyat terhadap keluarga pemimpin itu yang didakwa menyalahgunakan sumber negara. Bagaimanapun, Bank Pusat Tunisia menafikan laporan berkenaan.



“Simpanan emas dalam bank pusat ini tidak disentuh dalam beberapa hari lalu. Begitu juga wang tunai. Negara ini mempunyai peraturan ketat,” kata seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan.


Di TUNIS, Perdana Menteri Tunisia berjanji akan mengumumkan kerajaan campuran baru untuk mengekalkan momentum kemajuan politik bagi mematahkan protes dan melemahkan pasukan bersenjata yang berpihak kepada bekas presiden.


Pasukan khas Tunisia bertempur dengan pasukan pengawal bersenjata bekas presiden di istana presiden kelmarin, selepas dua hari presiden yang memerintah negara itu selama 23 tahun Zine al-Abidine Ben Ali digulingkan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Mohamed Ghannouchi berjanji tindakan pantas akan diambil bagi mengisi kekosongan itu. “Esok (semalam) kami akan mengumumkan kerajaan baru yang bakal membuka sejarah baru dalam sejarah Tunisia,” katanya dalam kenyataan kelmarin.


Tiga pemimpin pembangkang dijangka akan dilantik dalam kerajaan campuran itu, kata dua sumber yang rapat dengan penubuhan kerajaan baru itu. Tetapi, Menteri Luar dan Menteri Dalam Negeri dalam pentadbiran lama dikekalkan.


Sementara pasukan yang setia kepada kepimpinan Ben Ali bertempur dengan tentera di istana presiden, dua lelaki bersenjata di bumbung berdekatan bank pusat terbunuh apabila ditembak dari helikopter. Kereta perisai turut diletakkan di kawasan ibu negara, Tunis dan tentera mengawal bangunan awam. – AFP/Reuters


Apa lagi yg paling berharga yang boleh dibawa lari melainkan emas!! Sama juga semasa Perang Vietnam dulu. Pelarian lari hanya membawa ketulan emas dan digunakan untuk memulakan hidup baru di negara lain...

Perbezaan antara ASET dan LIABILITI...





Sudah memiliki emas pertama

anda? atau mahu kembangkan lagi sehingga

emas anda boleh mencecah 1 kilogram pula? :)


Simpanlah emas sebanyak mungkin, anda tidak

akan pernah rugi. Percayalah...!


Baiklah, pada kali ini, suka saya untuk

berkongsi ilmu tentang macam mana nak kenal

ASET dan macam mana pula nak kenal LIABILITI.


Kita sedang bercakap tentang harta. Seperti saya

menyimpan emas sebagai perlindungan harta saya.

Dan jika anda benar-benar mahu kaya, maka ASET dan

LIABILITI adalah perkara asas yang wajib anda tahu.

Perkara ini telah dibuktikan dari pengalaman lepas!


Apabila kita dapat mengenal pasti dan memahami apa

itu ASET dan apa itu LIABILITI, maka kita berpeluang

mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN"... Ini kerana 99%

manusia di dunia ini telah MEMBAZIRKAN USIA mereka dengan

membeli LIABILITI.


Hanya 1% manusia sahaja yang BETUL-BETUL membeli ASET

dalam hidup mereka. Golongan 1% ni benar-benar memahami

apa yang dikatakan ASET dan apa yang dikatakan LIABILITI.


Ya, hanya 1% sahaja. Betapa kurangnya ilmu kewangan ramai

orang di luar sana!


Jom kita lihat! Apa yang dikatakan ASET adalah apabila

anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan:


1) Wang tunai anda bertambah

~ CARANYA adalah dengan MENYIMPAN WANG TUNAI ANDA DI BANK

ATAU KOPERASI BERDAFTAR yang dapat MEMBERI PULANGAN FAEDAH

MELEBIHI KADAR INFLASI SEMASA


2) Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai

dalam tempoh tertentu ~ CARANYA adalah dengan MEMBELI DAN

MENYIMPAN EMAS. Itulah yang sedang saya lakukan hari ini.

Dan saya menyeru anda juga melakukannya untuk kepentingan

masa depan anda juga.


3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai

positif ~ CARANYA adalah dengan MENGENALI dan MEMAHAMI

apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI dan TIDAK BERUBAH


4) Pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan

yang positif ~ CARANYA adalah dengan MEMBELI HARTANAH

yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG POSITIF


5) Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan

wang tunai ~ CARANYA adalah MENGGUNAKAN TEKNIK PENGUMPILAN.

Ini adalah teknik yang digunakan oleh orang kaya di luar sana.



Manakala, apa yang dikatakan LIABILITI pula adalah apabila

anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan:


1) Wang tunai anda berkurangan

~ CONTOHNYA dengan berbelanja boros atau berbelanja

tanpa beringat


2) Harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun

nilai dalam tempoh tertentu ~ CONTOHNYA dengan membeli

KERETA yang tidak sesuai dengan perolehan

pendapatan anda. Ramai yang lakukan perkara ini!


3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran

tunai negatif ~ CONTOHNYA dengan TIDAK MENGENALI

dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI DAN

TIDAK BERUBAH. Perniagaan anda akan binasa!


4) Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif

~ CONTOHNYA dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda

PULANGAN SEWA YANG NEGATIF


5) Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan

wang tunai ~ CONTOHNYA dengan 'mengikat diri' pada SKIM

BAYARAN MUDAH, KAD KREDIT dan PINJAMAN PERIBADI yang

sebenarnya tidak anda perlukan!


Kesimpulannya, jika anda ingin mencapai TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN,

anda mesti MEMBELI ASET YANG BETUL dan MENGELAKKAN DIRI daripada

terperangkap dengan MEMBELI LIABILITI.


Ingat! Ini adalah SYARAT UTAMA jika anda serius nak mencapai

kebebasan kewangan yang sebenar.


"ORANG MISKIN ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI.

Manakala ORANG KAYA ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang

diberi untuk MEMBELI ASET yang betul.


Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi

semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin. :)


Persoalannya anda kini berada di situasi mana?

Tepuk dada tanya selera...Sudah memiliki aset

emas anda? Jika bukan hari ini, bila lagi?


Jumpa lagi.

Friday, January 14, 2011

Simpan Dinar Untuk Menunaikan Haji




Setiap tahun kos menunaikan haji dalam Dinar Emas turun.

Mengapa?

""KERANA NILAI EMAS SENTIASA NAIK!"

KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-


Tahun 2002:-
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9100.00


Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.


Tahun 2010:-
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9036.00


Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.

"Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!"


CARA PENGIRAAN:-

Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2009


Kos Haji pada tahun 2009 = RM9036.00

Jumlah keuntungan anda pada tahun 2009:-
RM32,669.00(nilai Dinar pada tahun 2009) - RM9036.00 (kos haji) = RM23633.00


Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2009 :-
RM23,633.00 /RM504 = 47 keping.

KESIMPULAN:-


Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.
Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:-

33.3-39% p.a
"Maksudnya,and mungkin perlukan 10 keping untuk menunaikan haji pada tahun 2015"

Betapa untungnya menyimpan dinar/emas!

Call 019-3345253 jika anda ingin memiliki emas 999.9 atau Dinar 999

Monday, January 3, 2011

PILIHAN 2011. ASB ATAU EMAS?


Salam sejahtera, mulai 3 Januari 2011 iaitu hari ini, anda sudah boleh keluarkan dividen ASB anda. Apakah hala tuju simpanan anda tahun 2011 ini. Semoga artikel dibawah membantu anda memilih . Selamat membaca dan membuat pilihan.




1. AMANAH SAHAM BUMIPUTERA



“PNB isytihar dividen dividen ASB 7.50sen, Bonus 1.25sen” – BERNAMA
Alhamdulillah, Permodalan Nasional berhad sudah isytihar dividen dan bonus untuk ASB untuk tahun 2010 sebanyak 8.75%. Andai simpanan ASB anda RM10,000, maka jumlah yang anda perolehi ialah RM875, pengiraan mudah. Saya juga antara pelabur yang meyimpan wang didalam akaun ASB. Dari segi keselamatan, memang terjamin dan dari segi pengurusan pula, anda tidak perlu pening kepala untuk memantau saham setiap masa kerana semuanya diuruskan oleh pihak berwajib PNB.
Apa yang anda perlu buat ialah simpan duit anda didalam akaun ASB anda.






Pantas masa berlalu, penghujung tahun sudah tiba. Mungkin inilah masa terbaik untuk anda membuat analisis tentang kenaikan dan penurunan harga sesuatu barang. Apa jua yang berada di dunia ini mengalami turun dan naiknya. Alam juga tidak lari dari pasang surut airnya, siang dan malamnya. Kali ini, saya hanya membuat sedikit analisis tentang emas.
Dalam pemerhatian saya, kenaikan harga emas dari awal tahun 2010 hingga akhir tahun 2010 amat menarik. Kalau mengikut sumber dari GoldPrice History, purata kenaikan harga emas ialah 26.23%. Bagi saya, kenaikan ini sudah mengatasi pulangan ASB yang hanya 8.75% setahun. Eh, kalau simpan duit dalam bentuk emas bagus jugak ya.



Pilihan ditangan anda untuk menyimpan wang dalam bentuk aset stok (saham) , aset fizikal, atau letak duit bawah bantal. Dengan penjelasan di atas, mungkin dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat, dengan sedikit usaha anda untuk mencari maklumat yang lebih terperinci, anda mampu untuk membuat pilihan yang tepat. Satu nasihat dari saya, pelaburan yang akan anda pilih semestinya halal dan tidak terlibat dengan sesuatu yang meragukan. Saya sendiri pelbagaikan cara simpanan duit iaitu dalam bentuk emas, dan simpanan ASB.

Artikal asal dari:

http://www.auraurum.com/2011/01/pilihan-2011-simpanan-asb-emas-atau.html