Monday, January 24, 2011

Perbezaan antara ASET dan LIABILITI...





Sudah memiliki emas pertama

anda? atau mahu kembangkan lagi sehingga

emas anda boleh mencecah 1 kilogram pula? :)


Simpanlah emas sebanyak mungkin, anda tidak

akan pernah rugi. Percayalah...!


Baiklah, pada kali ini, suka saya untuk

berkongsi ilmu tentang macam mana nak kenal

ASET dan macam mana pula nak kenal LIABILITI.


Kita sedang bercakap tentang harta. Seperti saya

menyimpan emas sebagai perlindungan harta saya.

Dan jika anda benar-benar mahu kaya, maka ASET dan

LIABILITI adalah perkara asas yang wajib anda tahu.

Perkara ini telah dibuktikan dari pengalaman lepas!


Apabila kita dapat mengenal pasti dan memahami apa

itu ASET dan apa itu LIABILITI, maka kita berpeluang

mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN"... Ini kerana 99%

manusia di dunia ini telah MEMBAZIRKAN USIA mereka dengan

membeli LIABILITI.


Hanya 1% manusia sahaja yang BETUL-BETUL membeli ASET

dalam hidup mereka. Golongan 1% ni benar-benar memahami

apa yang dikatakan ASET dan apa yang dikatakan LIABILITI.


Ya, hanya 1% sahaja. Betapa kurangnya ilmu kewangan ramai

orang di luar sana!


Jom kita lihat! Apa yang dikatakan ASET adalah apabila

anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan:


1) Wang tunai anda bertambah

~ CARANYA adalah dengan MENYIMPAN WANG TUNAI ANDA DI BANK

ATAU KOPERASI BERDAFTAR yang dapat MEMBERI PULANGAN FAEDAH

MELEBIHI KADAR INFLASI SEMASA


2) Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai

dalam tempoh tertentu ~ CARANYA adalah dengan MEMBELI DAN

MENYIMPAN EMAS. Itulah yang sedang saya lakukan hari ini.

Dan saya menyeru anda juga melakukannya untuk kepentingan

masa depan anda juga.


3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai

positif ~ CARANYA adalah dengan MENGENALI dan MEMAHAMI

apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI dan TIDAK BERUBAH


4) Pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan

yang positif ~ CARANYA adalah dengan MEMBELI HARTANAH

yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG POSITIF


5) Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan

wang tunai ~ CARANYA adalah MENGGUNAKAN TEKNIK PENGUMPILAN.

Ini adalah teknik yang digunakan oleh orang kaya di luar sana.



Manakala, apa yang dikatakan LIABILITI pula adalah apabila

anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan:


1) Wang tunai anda berkurangan

~ CONTOHNYA dengan berbelanja boros atau berbelanja

tanpa beringat


2) Harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun

nilai dalam tempoh tertentu ~ CONTOHNYA dengan membeli

KERETA yang tidak sesuai dengan perolehan

pendapatan anda. Ramai yang lakukan perkara ini!


3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran

tunai negatif ~ CONTOHNYA dengan TIDAK MENGENALI

dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI DAN

TIDAK BERUBAH. Perniagaan anda akan binasa!


4) Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif

~ CONTOHNYA dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda

PULANGAN SEWA YANG NEGATIF


5) Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan

wang tunai ~ CONTOHNYA dengan 'mengikat diri' pada SKIM

BAYARAN MUDAH, KAD KREDIT dan PINJAMAN PERIBADI yang

sebenarnya tidak anda perlukan!


Kesimpulannya, jika anda ingin mencapai TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN,

anda mesti MEMBELI ASET YANG BETUL dan MENGELAKKAN DIRI daripada

terperangkap dengan MEMBELI LIABILITI.


Ingat! Ini adalah SYARAT UTAMA jika anda serius nak mencapai

kebebasan kewangan yang sebenar.


"ORANG MISKIN ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI.

Manakala ORANG KAYA ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang

diberi untuk MEMBELI ASET yang betul.


Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi

semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin. :)


Persoalannya anda kini berada di situasi mana?

Tepuk dada tanya selera...Sudah memiliki aset

emas anda? Jika bukan hari ini, bila lagi?


Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment